PMX, Anwar Ibrahim, telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk mengkaji mekanisme untuk turunkan cukai jalan diesel untuk ringankan beban rakyat yang menggunakan kenderaan jenis itu. Dalam ucapan sewaktu sambutan ulang tahun JPJ ke-80 di Batu Kawan, Pulau Pinang, beliau katakan yang harga bahan api tak dapat diturunkan dengan pantas dalam masa terdekat kerana kekangan kewangan dan tekanan subsidi.
Harga diesel RM5.12/L di Semenanjung Malaysia
Setakat artikel ini ditulis, harga minyak mingguan untuk pasaran Malaysia berdasarkan Mekanisme Harga Automatik (APM) adalah seperti berikut:
- RON95: RM3.87/L (RM1.99 BUDI95)
- RON97: RM4.85/L
- Diesel (Semenanjung): RM5.12/L
- Diesel (SSL): RM2.15/L
Walaupun harga diesel turun RM0.85/L berbanding minggu sebelumnya, ia jauh lebih tinggi daripada harga di Sabah/Sarawak/Labuan RM2.15/L.
Harga cukai jalan diesel Toyota Hilux
Ambil contoh sebuah Toyota Hilux yang jalankan enjin 2.4L (2,393cc), harga cukai jalan yang dibayar untuk pengguna di Semenanjung Malaysia adalah kira-kira RM773/tahun berdasarkan Garis Panduan Pengiraan Kadar Lesen Kenderaan Motor (LKM) Bagi Kenderaan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
Sekiranya mekanisme diskaun road tax dijalankan, sedikit sebanyak ia dapat kurangkan kos pemilikan tahunan pengguna. Contohnya diskaun antara 10% hingga 30% bermakna pemilik Hiux boleh jimat antara RM120 hingga RM480 setahun. Walaupun kesannya tidaklah besar tapi ia boleh berikan kelegaan kepada perbelanjaan rakyat.

