Aplikasi MyJPJ dapat UI baharu

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan satu kemas kini kepada aplikasi MyJPJ mereka bersempena dengan hari ulang tahun ke-80 agensi itu baru-baru ini. Pengguna akan dapati antara muka aplikasi itu telah diperbaharui sepenuhnya.

Berbanding dengan versi lama, MyJPJ baharu ini antaramukanya lebih bersih dan kandungan teks diturunkan ke paras lebih rendah. Anda juga boleh lihat setiap ikon servis direka baharu. Walau bagaimanapun, tiada servis baharu diperkenalkan.

Antara perkhidmatan yang boleh ditemukan dalam aplikasi MyJPJ adalah seperti:

  • Semakan & Pembaharuan Lesen,
  • Status & Pembaharuan LKM,
  • Semak Saman,
  • eAduan,
  • dan banyak lagi.

Baguslah JPJ bawakan pembaharuan pada aplikasi mereka. Tapi ia masih tak selesaikan masalah fragmentation aplikasi jabatan itu. Buat masa ini, JPJ ada 6 aplikasi berbeza berbanding 1 SuperAPP semua dalam satu. Selain MyJPJ, mereka juga ada JPJeBID, JPJvBid, JPJeHadir, MDGS, JPJeQ.