Honda antara jenama automotif paling dipercayai pengguna Malaysia. Ia terkenal dengan tahap reliable dan resale value. Namun, disebalik imej tersebut, Honda dipercayai sedang bergelut dengan isu di peringkat global. Contohnya, persaingan daripada pengeluar China dan juga gelombang EV yang agresif daripada Tesla telah menyebabkan mereka perlu fikir semula selok belok operasi mereka.
Di China, angka jualan pengeluar itu menjunam daripada 1.6 juta dalam tahun 2020 kepada 640,000 dalam tahun 2025. Ia menyebabkan kemudahan pengeluaran beroperasi lebih rendah daripada biasa, tak efesien dan seterusnya merugikan. Di Korea Selatan pula, Honda akan hentikan penjualan di negara itu dan hanya sokong jaminan dan servis selepas pembelian sahaja. Ia tunjukkan isyarat strategik yang trend automotif telah berubah arah.
Sebagai langkah awal, bermula April 2026, Honda umumkan mereka akan jadikan Honda R&D sebagai jabatan yang lebih berautonomi untuk berikan lebih ruang untuk inovasi. Honda ingin jadi trendsetter berbanding pengikut sahaja. Objektif utama adalah untuk memendekkan kitaran pembangunan model baharu kepada kurang daripada 2 tahun jika nak bersaing dengan pasaran China.

Di Malaysia, kesannya tidaklah ketara sangat namun wajar diambil perhatian. Dalam tahun 2025, dilaporkan yang Honda telah menjual sebanyak 72,301 unit kereta. Nampak banyak tetapi ia tersasar daripada sasaran sebanyak 83,000 yang ditetapkan awal tahun 2025. Sungguhpun begitu, Honda masih lagi jenama kereta bukan nasional nombor 1 di Malaysia untuk tahun ke-12 berturut-turut.

