Pengendali perkhidmatan bas Rapid, Prasarana Malaysia Bhd. kini dah tetapkan garis masa untuk mereka mengguna pakai pengangkutan elektrik sepenuhnya dalam fleet mereka. 2037 adalah tahun tersebut dan ia signifikan sebab sebelum ini tiada maklumat yang jelas tentang penghijrahan tersebut.
Dalam bulan Julai 2025 lalu, Rapid memang ada umumkan yang mereka terima kumpulan akhir bas diesel sebanyak 310 untuk menutup program pembaharuan fleet mereka yang menggunakan pengangkut berenjin diesel. Pada ketika itu, bas diesel dilihat masih menjadi tunjang kepada pengoperasian mereka.
Mungkin disebabkan harga diesel yang tak menentu masa ini, ia memaksa pihak Rapid mempercepat penghijrahan tersebut. Setakat artikel ini ditulis, harga diesel di semenanjung Malaysia adalah RM5.12/L, dan RON95 pada RM3.97/L. Pastinya operator pengangkutan awam ini terima subsidi bahan bakar tapi tidak diketahui sampai bila kerajaan mampu menanggungnya. PMX Anwar Ibrahim ada kongsikan yang kerajaan kini membelanjakan RM5 billion sebulan dalam bentuk subsidi bahan api berbanding RM700 sebelum perang timur tengah tercetus.
Maka dengan sebab itu, perpindahan kepada pengangkutan elektrik mungkin adalah solusi terhadap ketaktentuan harga bahan api untuk jangka masa yang akan datang dan dalam masa yang sama menyokong Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
Sumber: The Star

