Lepas berbulan-bulan perancangan, aksesori pun sampai dari A.S dan juga Jepun, akhirnya Toyota GR Corolla di Fuzz Drive dah lengkapkan naik taraf luaran terbesar setakat ini iaitu body kit lengkap HKS.
Pakej Full HKS Aero GR Corolla
Untuk rupa luaran, saya pilih untuk dapatkan aksesori yang tak setakat cantik, tapi berfungsi juga. HKS memang banyak jual aksesori prestasi dari Jepun dan apa yang mereka tawarkan untuk GR Corolla memang buatkan kereta ini jadi lebih agresif dan cun.

Aksesori-aksesori yang dipasang dalam sesi sumbat saran ini adalah:
- HKS front lip with carbon fibre canards
- HKS fender mouldings
- HKS side skirts
- HKS rear diffuser
- HKS rear wing spoiler
- HKS mud flaps
Komponen-komponen ini kebanyakannya dah dicat warna asal merah GR Corolla. Jadi bila dah pasang, ia akan nampak macam aksesori asal daripada kilang. Ada juga beberapa yang dicat hitam untuk naikkan kontras rona kereta.

Lagi jajan carbon fibre
Selain barang-barang HKS Aero, kereta ini juga dipasang beberapa barang carbon fiber daripada pengeluar lain. Antaranya:
- Front bumper canard daripada Epsilon+ (US)
- Fender trim daripada Tom’s (Jepun)
- Rear bumper garnish Tom’s (Jepun)
Rupa selari guna
Transformasi GR Corolla Fuzz Drive mungkin nampak lebih pada kosmetik tapi disebalik rupa, ada isi praktikalnya. Memang Aero Kit HKS direka untuk tambah baik aerodinamik dan di sesetengah tempat, tambah downforce untuk bagi lebih kestabilan sewaktu pemanduan berkelajuan tinggi.
Boleh dikatakan yang proses pembikinan kereta ini dah capai 90%. Selebihnya masih dalam perancangan. Mungkin sistem pengampai akan kami gunakan adalah jenis coilover HKS Hypermax. Bonet pula sedang usyar Varis dan beberapa aksesori dalaman carbon fiber akan dipasang. Sebelum terlupa, filem tint untuk tingkap kereta juga masih tak pasang.
Join sesi TT GR Nation Fuzz Drive 15 May 2026 kalau nak tengok kereta ini depan-depan.


