Perodua Bezza adalah kereta paling banyak didaftarkan di Malaysia sejak tahun 2023. Salah satu sebab kena kereta ini popular selain daripada harga jual yang mesra rakyat, mungkin adalah kalisnya ia terhadap susut harga. Saya analisis hampir 200 iklan Bezza terpakai di platform dalam talian dan ini apa yang saya pelajari tentangnya.
Bezza rintang susut harga?
Ramai yang kata kereta susut nilai 10% sejurus keluar showroom. Tapi tidak untuk beza. Banyak Bezza terpakai yang umur kurang daripada 2 tahun masih ada sehingga 98% nilai berbanding harga Bezza baru. Ia menarik kerana pada kereta biasa, susut nilai ketara kelihatan pada 4 tahun pertama tapi di Bezza ia selepas 4 tahun.
Harga pasaran Bezza terpakai
Daripada 200 iklan Bezza used, berikut adalah julat harga jualan mengikut usia kereta berdasarkan titik median harga yang dipaparkan:
- Advance 1.3 (harga baru RM49,980)
- ~1–3 tahun: RM45k–RM47k
- ~4–6 tahun: RM41k–RM44k
- ~7–10 tahun: RM27k–RM34k
- X 1.3 (harga baru RM43,980)
- ~1–3 tahun: RM40k–RM42k
- ~4–6 tahun: RM35k–RM39k
- ~7–10 tahun: RM24k–RM31k
- G 1.0 (harga baru RM36,980)
- ~2–4 tahun: RM30k–RM34k
- ~6–10 tahun: RM23k–RM28k
Bila kita lihat pada berapa peratus susut nilai berbanding harga baru, ini adalah hasilnya.
- Advance 1.3
- ~1–3 tahun: ~90–94% retained
- ~4–6 tahun: ~82–88%
- ~7–10 tahun: ~54–71%
- X 1.3
- ~1–3 tahun: ~91–98%
- ~4–6 tahun: ~90–95%
- ~7–10 tahun: ~56–69%
- G 1.0
- ~2–4 tahun: ~87–95%
- ~6–10 tahun: ~67–77%
Nilai turun mendadak selepas tahun 5
Memang Bezza nampak macam ada resale value tinggi. Tapi untuk 5 tahun petama saja. Selepas umur kereta jangkau 5 tahun, penurunannya agak mendadak untuk jatuh sehingga 65% daripada harga beli. Ia taklah mengejutkan dan dirasakan adil kerana kereta 5 tahun sudah tentu keadaanya tak sempurna dan biasanya kitaran pengumuman kereta baru adalah sekitar 5 tahun juga. Jadi permintaan terhadap model terpakai juga akan terkesan.
Selepas umur kereta 8 tahun, nilai kereta akan jadi stabil semula. Mungkin kerana pemilik dah habis bayar pinjaman. Pada tahap ini, maklumat seperti keadaan kereta dan milage menjadi sangat penting.
Waktu terbaik untuk jual dan beli Bezza terpakai
Daripada trend, waktu paling optimum untuk beli Bezza terpakai adalah yang usianya sekitar 5 hingga 7 tahun sebab susut nilainya yang paling ketara. Di sini pembeli kena pertimbangkan pula usia kenderaan dengan keadaan.
Untuk penjual pula, trend mengatakan yang harga Bezza adalah tinggi sebelum usia kenderaan capai 5 tahun yang bermakna anda dapat semula nilai yang sangat hampir dengan harga beli. Kalau jual selepas takat 5 tahun, susut nilainya mungkin lebih ketara daripada biasa.


Leave a Reply