MITI umum polisi baru EV yang terima kritikan ramai

MITI buat EV Malaysia Mati?

Landskap kereta elektrik (EV) Malaysia akan alami perubahan drastik bermula 1 Julai 2026 ini. Ia berikut pengumumkan peraturan baharu oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI). Di bawah peraturan baharu ini, EV import yang nak dibawa masuk ke Malaysia perlu penuhi syarat berikut:

  • CIF (cost, insurance, dan freight) minimum RM200,000
  • Output kuasa minimum 180kW (245PS)

Peraturan baharu ini mungkin menyaksikan rata-rata EV akan dijual lebih daripada RM300,000 dan jadikan kenderaan elektrik keluar daripada jangkauan mampu milik majoriti rakyat Malaysia.

Harga EV naik ke lebih RM300,000 atau langsung tak boleh dijual

CIF RM200,000 yang digariskan adalah bukan harga di bilik pamera sebaliknya harga sebelum cukai. Bila dah masuk duti import, duti eksais, cukai jualan, dan margin jualan, sudah tanda harga EV yang akan pengguna nampak bila berada di bilik pameran akan lebih daripada RM300,000. EV daripada pasaran Eropah dan Korea Selatan

Bukan setakat harga, EV yang tak penuhi output kuasa juga akan dihalang jualan. Jadinya, banyak model popular tidak lagi sah dijual di Malaysia seperti BYD Atto 3, BYD Dolphin, MG5, Ora Good Cat, Honda e:N1, dan Nissan Leaf kecuali semua mereka dipasang di dalam Malaysia.

Proton untung besar?

Pemerhati melihat tindakan ini memberi kelebihan besar pada Proton. eMas 7 EV yang dipasang di sini tidak terikat dengan peraturan baharu ini dan tanpa persaingan, sudah tentu model ini akan bolot pegangan pasaran EV pada harga bawah RM200,000. BYD adalah antara nama yang terkesan teruk kerana tiada satupun EV mereka adalah CKD tapi mereka ada paling banyak model berharga bawah RM200,000. Walaupun BYD ada rancangan untuk buka kilang di Malaysia, namun garis pasa pelaksanaannya masih tidak jelas.

Respons netizen harga EV naik

Reaksi netizen Malaysia rata-ratanya negatif. Semua berkongsi hujan serupa iaitu EV mampu milik kian menjauhi jangkauan kemampuan mereka ditambah lagi dengan kos hidup yang kian meningkat. Ia menyebabkan EV bakal jadi mainan orang kaya dan golongan B40 dan M40 tertinggal dalam arus modenisasi.

Kritikan lain yang ramai suarakan adalah kewajaran kerajaan menampung subsidi bahan api yang terlalu banyak sedangkan dana yang sama boleh diguna untuk pacu pertumbuhan industri EV Malaysia pada segi beri insentif membeli EV ataupun memajukan infrasturktur pengecasan EV.

Walaupun MITI perjelaskan kewajaran polisi baharu ini adalah untuk melindungi ekosistem automotif Malaysia, pemerhati melihatnya sebagai untuk melindungi pemain-pemain sedia ada yang sudah lama menikmati status quo dan terlalu selesa akan kelebihan yang diterima.

Sumber: MyMetro