I Upgraded My BMW M3 Competition With CSL-Style DRL, Malaysia Coding & A Carbon Steering Wheel

Mods Wajib Kena Buat Lepas Beli BMW M3 Competition

Dalam video perkongsian perjalanan bikin BMW M3 Competition kali ini, anda boleh tengok beberapa perubahan dilakukan. 3 bahagian yang dibikin kali ini adalah lampu depan, sistem inforia, dan stereng.

Asalnya, saya nak pasang lampu DRL kuning untuk bagi rupa seakan BMW M3 CSL. Tapi disebabkan stok dah kehabisan, saya putuskan untuk pasang DRL jenis RGB. Lampu ini boleh dikawal gunakan aplikasi di telefon pintar dan berubah dalam pelbagai warna. Ada juga animasi pemula boleh dipilih seperti breathing dan flashing. Walaupun banyak fungsi, tapi saya cuma tetapka warna kuning untuk bagi rupa lebih bersih dan agresif terutamanya pada waktu malam.

Selesai dengan modifikasi lampu, jentera ini juga saya lakukan perubahan pada perisian. Disebabkan ini adalah uni recon daripada Jepun, konfigurasi perisiannya adalah untuk negara sana. Jadi, beberapa tweak perisian harus dibuat untuk disuaikan dengan pasaran Malaysia. Bahagian yang disentuh adalah map navigasi untuk pamerkan peta Malaysia, tetap frekuensi radio yang terima stesen tempatan, ketersambungan telefon pintar, dan juga perubahan pada suis tingkap untuk bolehkannya buka sepenuhnya dengan sekali klik tanpa perlu klik dan tahan.

Satu lagi perubahan adalah stereng. Unit yang asal dah digantikan dengan unit M3 CSL yang baharu jenis carbon fibre. Rekaannnya rata di bahagian bawah, bentuk lebih aggresif, kemasan matte, dan secara keseluruhannya rasa lebih baik berbanding asal. Tak dilupa, paddle shifters dan butang M1/M2 tetap ada.

Konfigurasi perisian dan pertukaran stereng telah dijalankan di BSC Automotive Solution Sdn. Bhd., kedai yang sama tempat kereta ini diperiksa sebelum dibeli. Terus ikut Fuzz Drive untuk lihat pembikinan BMW M3 Competition ini.