aku beli kereta paling rare dari Jepun

Barang Tom’s Paling Rare Jepun dah Sampai Malaysia

Yang ditunggu dah tiba. Agak lama produk daripada Tom’s ini saya nantikan lepas ditempah dalam bulan Januari 2026 lalu.

Tom’s Thin Compact Stroller ini adalah kereta sorong bayi premium yang ada ciri praktikal, selesa, dan mudah alih dalam pakej kompak. Kalau dah namanya jenama aksesori kenderaan, ciri menonjol stroller ini pastinya kerangka carbon fiber yang tegap dan kurangkan berat keseluruhan stroller ini kepada 5.2kg untuk mudahkan ibu bapa.

Stoller ini sesuai untuk kanak-kanak umurnya 1 hingga 48 bulan dengan berat maksimum 20kg. Ruang utama, tempat kanak-kanak ada sudut sandar boleh laras antara 110° hingga 160°. Materi kerusi yang digunakana adalah mesh telap udara yang tambah baik aliran udara dan elak penumpangnya berpeluh. Bila cuaca panas, teduhan kalis UV UPF50+ boleh ditolar keluar untuk lindungi penumpang daripada ultralembayung.

Lagi tentang keselesaan, Tom’s Thin Compact Stroller ada spring ampai talaan khas yang memudahkan pengendalian dan keselesaan. Di bawa kerusi penumpang ada ruang simpan yang agak lapang untuk ibu bapa isi barang-barang keperluan anak ataupun barang beli-belah. Tentang praktikal, ada juga ciri-ciri praktikal lain yang pasti digemari ibu bapa. Contoh, ia ada mekanisme lipat selangkah dan bila dilipat, stoller boleh berdiri tegak berbanding leper di atas lantai supaya kereta tak kotor menyentuh tanah.