Kerajaan Malaysia dilapor sedang memuktamadkan mekanisme subsidi bahan api yang baharu untuk RON95. Fasa akhir mekanisme ini sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan ia bakal menentukan cara rakyat dipecahkan dalam kategori pendapatan yang bakal menentukan kelayakan menerima subsidi.
Malaysia sebenarnya dah lama nak beralih daripada kaedah penyaluran subsidi secara menyeluruh kepada bersasar berdasarkan data pendapatan dan sosio ekonomi. Salah satu langkah awal ke arah rasionalisasi subsidi adalah pengenalan Sistem Pengkalan Data Utama (PADU) dalam bulan Januari 2024. Dalamnya, rakyat boleh mengemas kini maklumat peribadi dan isi rumah untuk membantu kerajaan melakukan pengkelasan secara adil.

Asalnya, kerajaan bercadang untuk gunakan PADU dalam rasionalisasi subsidi RON95 namun terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Salah satu sebabnya mungkin ada kaitan dengan kebimbangan ketirisan data, menurut penganalisis ekonomi Bank Mualamat Malaysia Berhad, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid. Kemudian, disebabkan data yang dihimpunkan adalah bersifat sensitif, tidak banyak golongan M40 dan T20 ingin secara sukarela berkongsikannya dengan kerajaan.
Berita terbaharu daripada PADU setakat Mac 2026 adalah sebanyak 26 agensi dan jabatan kerajaan telah diluluskan untuk menggunakan PADU seperti Jabatan Perkhidmatan Awam, Perbadanan Tabung Pendidikan TInggi Nasional (PTPTN), Jabatan Pembangunan Kemahiran, dan Jabatan Digital Negara.
PADU pada ketika ini mengandungi kira-kira 30.7 juta profil individu dan berfungsi sebagai pengkalan data dinamik yang bakal jadi tulang belakang kepada perkhidmatan kerajaan lain.
Sumber: NST

