Berapa kita bila jimat kalau pandu EV berbanding petrol? Ini perbandingan kos gerak 100km untuk Volvo XC40 versi petrol, PHEV, dan EV

Guna EV murah? Ini kos per km vs. petrol dan PHEV

Berapa kita bila jimat kalau pandu EV berbanding petrol? Untuk jawab soalan itu, cuba anda lihat pada siri Volvo XC40.

Volvo XC40 Petrol, PHEV & EV

Volvo XC40 adalah SUV paling kecil Volvo yang dilancarkan dalam tahun 2017. Bermula dengan penawaran varian petrol, XC40 kemudian ditawarkan dalam versi PHEV (XC40 Recharge PHEV) dalam tahun 2019 dan seterusnya elektrik (XC40 Recharge) dalam tahun 2020.

Disebabkan siri kereta ini pernah ditawarkan dalam tiga powertrain berbeza, kita boleh dapat kenderaan yang ada rupa bentuk yang sama tapi beza di bahagian dalam untuk dibuat perbandingan kos mengikut maklumat yang ada.

Daripada maklumat dalam talian, kecekapan penggunaan tenaga ketiga-tiga varian adalah seperti di bawah:

Kos bawa kereta 100km setiap varian

Sebelum buat pengiraan, andaian perlu digariskan. Berikut adalah beberapa andaian:

  • Harga petrol RON95 adalah mengikut harga BUDI95 iaitu RM1.99/L.
  • Harga tenaga elektrik untuk pengecasan di rumah adalah RM0.45/kWh berdasarkan penggunaan 1,000kWh.
  • Varian PHEV terdiri daripada 1 tangki penuh petrol dan bateri 10.7kWh

Dengan andaian itu, dibawah ini adalah kos untuk bawa ketiga-tiga varian XC40 sejauh 100km.

  • Petrol ~RM14.53
  • EV ~RM10.26
  • PHEV ~RM9.20

PHEV kelihatan seperti yang paling jimat untuk bergerak. Ia gabungkan penjimatan minyak sewaktu cruising atas highway dengan penjimatan bateri sewaktu memandu dalam bandar.

EV pula berada di antara Petrol dengan PHEV dan kos tenaganya lebih mudah dijangka kerana hanya bergantung pada satu sumber tenaga.

Petrol nyata lebih mahal berbanding PHEV dan EV.

EV boleh jadi mahal

Penggunaan dunia sebenar mungkin berbeza. Contohnya, PHEV jika tidak dicas dengan kerap, kos tenaganya mungkin akan menyamai kos petrol. Begitu juga dengan EV, kalau sering guna pengecas DC, kos tenaga juga akan meningkat.

Sebenarnya, kos tenaga EV boleh melonjak mendadak bila perjalanan jarak jauh. Contohnya sewaktu musim perayaan apabila EV perlu dicas di stesen DC yang kadar tenaga lebih mahal.

Asasnya, guna EV adalah lebih murah jika anda boleh cas di rumah untuk manfaatkan kadar tenaga terendah ataupun cari mana-mana kemudahan pengecasan percuma.

EV lagi jimat

Kalau rujuk kos tenaga siri XC40 untuk tiga jenis drive train, memang nyata yang guna EV lebih jimat, tetapi ada syaratnya. Selain mengecas di rumah, EV juga mendidik pengguna untuk ubah cara hidup sebab dah tak perlu lagi lawat stesen minyak. Mengecas kini boleh jadi kerja sampingan, contohnya sewaktu beli belah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *